Friday, December 27, 2013

2011-2012年槟州博物馆及艺术画廊年度报告 Perutusan dalam Buku Laporan Tahunan Muzium Pulau Pinang 2011-2012




Photo Courtesy of Kwong Wah Yit Poh


2011-2012年槟州博物馆及艺术画廊年度报告
---------------------------------------- 

大家好。

2011-2012年槟州博物馆及艺术画廊年度报告的出版是可喜可贺的。

出版此报告的目的是希望公众与社会能更了解槟州博物馆及艺术画廊及分享2011-2012年槟州博物馆及艺术画廊的成就。

这是继出版2010年年度报告后的努力。  出版这本年度报告本身已是一项成就因为最后一次出版年度报告是1993年。  这本年度报告将成为记录2011-2012年发生在博物馆及画廊里的人与事  当我们2020年, 2030年及以后, 我们就可凭此报告来了解博物馆十年或二十年来的成就。

一座博物馆及艺术画廊的成就不仅是通过展览及活动来衡量。  国外博物馆有强大的出版部门。  事实上,博物馆应该成为信息和历史知识的传播媒介以便本地人及外国人能更了解社区,乡村和城市,州和国家的历史。

自从本人在20096月被委任为槟州博物馆主席后,我立志改善博物馆及艺术画廊,无论在建设或是展览素质方面。  博物馆和艺术画廊出版的书籍也取得增长

2011-2012年槟州博物馆及艺术画廊主办了各种计划与活动。  其中主办的活动:槟州博物馆成立46周年纪念,“一起来博物馆”嘉年华会,地方历史研究工作营,雄回顾展,张汉回顾展等

我们于14-4-201117-4-2011举行了成立46周年纪念庆典。  这庆典本身就是创下历史。  这是槟州博物馆成立于1965年后第一次主办周年纪念庆典。  这庆典之所以能够举行因为我们在中路57号有了额外的新空间。

总稽查司于2011年对槟州博物馆进行了稽查而2011年全国总稽查司报告已经呈上国会及槟州州议会。  根据2011年全国总稽查司报告,2011年槟州博物馆在基础的财务管理水平指数总得分是76.97%,而2008年是60.50%,这也就是说在相对比较之下,槟州博物馆的财务管理水平指数已提高了16.47%。在整体财务管理表现,也获得了3颗星(好),而2008年则获得2颗星(满意)

全国总稽查司报告内对槟州博物馆管理和收集历史文物的整体表现是满意的。 不过,在一些事项上还可以做一些改进,如采购程序、登记、储存等  槟州博物馆管理层会根据这份总稽查司报告采取适当措施来改进工作表现。

槟州艺术画廊的永久收藏品也在2011年年底达到了历史最高水平,拥有578件画作,其中超过53%即310件画作是在2010年至2011年之间新添的。这显示了在那两年有新增长。

2011-2012年年度报告是一份记录槟州博物馆和艺术画廊的努力及我们希望博物馆能够继续成为推动槟州的艺术,文化和历史遗产机构。

槟州博物馆主席黄汉伟州议员




Perutusan oleh YB Wong Hon Wai, Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dalam Buku Laporan Tahunan 2011-2012
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam Sejahtera,

Saya berasa bangga dengan penerbitan buku laporan tahunan bagi Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang tahun 2011-2012.

Penerbitan buku laporan ini ialah satu usaha memaklumkan orang ramai dan masyarakat supaya dapat mengenali Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang dengan lebih dekat, malah dapat melihat pencapaian Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang sepanjang tahun 2011-2012.

Ini merupakan usaha berlanjutan selepas penerbitan buku laporan 2010. Penerbitan ini sendiri satu pencapaian memandangkan kali terakhir buku laporan tahunan diterbitkan ialah tahun 1993.  Laporan ini akan menjadi satu rekod sejarah bagi muzium tentang apa yang berkisar pada tahun 2011-2012. Apabila kita memasuki tahun 2020, 2030 dan selanjutnya dan kita dapat merenung kembali rekod 2011-2012 dan dapat menghayati pencapaian muzium dalam 10 tahun atau 20 tahun selama ini.

Pencapaian sebuah muzium dan balai seni lukis bukan sahaja dapat dinilai melalui pameran, aktiviti sahaja. Muzium negara luar mempunyai sayap penerbitan yang kukuh. Sememangnya, muzium perlu menjadi agen penyebaran maklumat dan pengetahuan sejarah supaya orang tempatan dan orang asing dapat memahami sejarah komuniti, kampung dan bandar serta negeri dan negara kita.

Sejak perlantikan saya menjadi Pengerusi Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang pada Jun 2009, saya telah meneruskan usaha penambahbaikan dari segi infrastruktur serta kualiti pameran muzium dan balai seni lukis.  Penerbitan buku-buku oleh Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis juga bertambah aktif dan kualiti penerbitan yang semakin meningkat.

Tahun 2011-2012 menyaksikan pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis yang memberi impak kepada masyarakat. Antara program yang dijalankan; Sambutan Ulang Tahun ke 46 Penubuhan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, Karnival “Pakat-Pakat Mai Muzium”, Bengkel Penyelidikan Kajian Sejarah Tempatan Siri I, Pameran Retrospektif oleh Eric Quah, Chong Hon Fatt dan sebagainya telah membuktikan iltizam dan kesungguhan kita sebagai sebuah institusi yang aktif menganjurkan pelbagai program.

Majlis Sambutan Penubuhan Ulang Tahun ke-46 Muzium yang dianjurkan pada 14-4-2011 sehingga 17-4-2011 menempah sejarah dengan pelbagai program dan aktiviti. Majlis tersebut  merupakan kali pertama Muzium menyambut penubuhannya sejak ia beroperasi pada 1965.   Majlis ini dapat dijalankan memandangkan terdapat tambahan ruang baru di No57, Jalan Macalister.

Ketua Audit Negara turut membuat pengauditan terhadap muzium pada tahun 2011 dan laporan dibentangkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Laporan Ketua Audit Negara 2011 melaporkan bahawa Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti bagi Muzium Negeri Pulau Pinang adalah baik dimana jumlah markah keseluruhan ialah 76.97% bagi tahun 2011 dan bagi tahun pengauditan sebelumnya iaitu 60.50% bagi tahun 2008. Ini merupakan peningkatan sebanyak 16.47%. Tahap prestasi pengurusan kewangan bagi Lembaga Muzium menunjukkan peningkatan prestasi bagi “Star Rating” di mana pada tahun 2008 ialah 2 bintang (memuaskan) manakala bagi 2011 pula ialah 3 Bintang (baik).

Ketua Audit Negara juga mendapati pada keseluruhannya prestasi pengurusan koleksi dan artifak sejarah Lembaga Muzium adalah memuaskan. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan dari aspek pematuhan manual dan prosedur kualiti seperti perolehan, pendaftaran dan penyimpanan. Pihak Pengurusan Lembaga Muzium mengambil iktibar terhadap pengauditan ini dan akan senantiasa mengambil usaha untuk memperbaiki prestasi kerja.

Koleksi Tetap Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang juga mencapai tahap tertinggi pada akhir 2011 dengan kolesi 578 buah lukisan di mana melebihi 53% iaitu  310 buah lukisan diperolehi antara tahun 2010 dan 2011.  Ini menunjukkan pencapaian yang rancak pada tahun-tahun tersebut.

Kesimpulannya Laporan Tahunan 2011-2012 ialah satu rekod tentang usaha dan aspirasi Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang sebagai satu institusi berpengaruh dalam menggerakkan kesenian, kebudayaan dan warisan di negeri Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Y.B Wong Hon Wai
Pengerusi
Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang

No comments: